p1

Mari Berfikir






بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamu'alaikum

Satu saat dimana ana sedang memandu kereta kemudian terdengar kata-kata dari seorang saudara di radio IKIM yang berbunyi lebih kurang begini :


Solat ialah tiang agama yang diperintahkan Allah kepada manusia,
tetapi kenapa masih ada antara kita yang sering meninggalkan solat ?
Mungkin kah kerana kita tidak sedar bahawa kita hamba Allah ?
Ya, kita semua tahu bahawa kita milik Allah tetapi tidak sedar bahawa kita hamba Allah.

Benar, terdapat perbezaan antara tahu dan sedar. Tahu ialah hanya maklumat yang secara terus tanpa sebarang olahan atau kefahaman yang jelas tanpa perlu berfikir. Manakala sedar ialah kefahaman sesuatu perkara itu dengan pengetahuan yang menyeluruh. Tahu sekadar anda angguk kan kepala manakala sedar membuatkan anda seolah-olah nampak cahaya. Then, cukup2 saja mengenai tahu dan sedar. lets proceed!

Disaat seorang hamba mengucapkan kalimat Toyyibah.

أشهد أن لا إله إلا الله، وأشهد أن محمدا رسول الله

Hakikatnya ialah dia telah mengaku ALLAH satu-satunya yang layak disembah dengan mengikuti segala perintah ALLAH dan meninggalkan segala laranganya serta-merta tanpa keraguan dan soal bicara.

Mari singkap semula kisah Iblis dan Adam yang diceritakan Allah dalam Surah ke 2 iaitu Al-Baqarah ayat 34 :

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. [2:34]

Ayat ini menceritakan kisah Iblis yang enggan tunduk kepada Adam. Yang sebenarnya ialah Iblis enggan tunduk pada perintah Allah. Ini lah ciri-ciri kafir yang Allah selitkan dalam ayat ini iaitu melanggar perintah Allah dengan sifat takbur , kemudian Iblis dibuang dari syurga dan menjadi sesat selama-lamanya. Sebagai makluk yang melihat kebesaran Allah, tidak patut wujud perasaan takbur itu. Ikutlah perintah Allah walaupun anda berasa berat kerana itulah jalan yang selamat. Jadi persoalanya, Jika Allah perintahkan kita untuk menunaikan Solat dan kita bersifat enggan. dimanakah kedudukan kita pada pandangan Allah ?
hm..mari fikir sejenak.

Namun, usahlah kalian khuatir dan bersedih kerana Allah amat-amatlah maha pengampun juga selawat ke atas Rasulullah s.a.w yang kerana syafaat baginda azab kita ditangguhkan hingga berjumpa maut.

Diceritakan dalam ayat seterusnya iaitu :

Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim". [2:35]

Lihatlah manusia ini, Sejak dari syurga lagi manusia memang bersifat begini. Allah jadikan syurga itu dengan berbagai nikmat yang hebat2 sehingga Rasulullah pun tidak mahu keluar dari syurga ketika peristiwa Isra' Mi'raj. Allah memerintahkan Adam bersama Isterinya untuk berbuat apa sahaja kecuali menghampiri sepohon pokok. Dan itu sahaja lah satu-satunya larangan Allah kerana bila kamu dekati maka kamu telah zalim. Namun apa yang berlaku ?

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". [2:36]

Ya, Adam telah terpedaya dengan hasutan Iblis lalu dicampakkan ke dunia. Tetapi, Allah sesungguhnya maha pengampun maha penyayang. Allah mengetahui sifat manusia, sifat Adam. Allah mengetahui kelemahan setiap makhluknya. Allah sayang kita dan Allah mahu kita dalam syurganya. Maka Allah kurniakan keampunan walaupun kita telah melanggar perintahnya. MasyaAllah, tidakkan saudara saudari sekalian merasakan kasih sayang Allah ? yang memberikan nikmat kemudian dengan nikmat itu Allah berikan syurga jika berbuat kebaikan dan Allah berikan tempoh agar kita bertaubat jika berbuat jahat.
Seperti dalam firman :

Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani [2:37]

Saudara-saudaraku sekalian, marilah kita mengambil iktibar dengan azam dari saat ini, Aku akan melaksanakan segala perintah Allah s.w.t dengan sepenuhnya tanpa banyak bicara dengan mengikuti cara yang dicontohkan oleh kekasihMu dan juga kekasihku iaitu Muhammad s.a.w yang aku rindukan dengan penuh rasa sayang dan cinta.

Sekadar perkongsian, sebarang kelemahan dan pembetulan dari pihak pembaca amatlah dialu-alukan.
Allahu a'lam.

Read more