Pedang Damascus

Corak Alunan Pedang Damascus

Sebelum meriam dicipta, sebelum atom dan nuklear diuji, sebelum pembaca sekalian lahir lagi ke dunia ini. Pedang adalah senjata yang digunakan sejak zaman berzaman dan memiliki pedang adalah seperti memiliki maruah bagi manusia ketika itu. Terdapat banyak jenis pedang yang wujud dipengaruhi oleh budaya serta persekitaran kehidupan masyarakat lampau seperti pedang viking, pedang katana, keris dan sebagainya.

Viking Sword 
Katana










Disebabkan nyawa pada masa lampau hanya boleh diselamatkan atau diambil dengan mata pedang maka objek ini menjadi sesuatu yang bernilai. Pedang yang kuat dan tajam akan menjadi rebutan pahlawan kerana bayangkan ketika bertanding dan pedang anda patah atau tidak tajam. Phew, maut broo maut !

Tetapi wujud satu bangsa dimasa lampau yang bijak dan pedang mereka tidak dipengaruhi dengan budaya dan adat seperti pedang samurai. Pedang ini dibina berdasarkan faktor kegunaanya untuk pantas dan tajam sehingga boleh membahagikan daun yang jatuh keatasnya kepada dua bahagian. Ramai orang menganggap pedang samurai ini pedang terbaik didunia namun tidak.

Damascus Sword

Terdapat lagi satu jenis pedang yang hebat dan satu-satu nya pedang yang hampir sempurna untuk dijadikan pedang itu sendiri. Pedang tersebut ialah Pedang Damaskus.
Not  only  were  Damascus  swords sharp  and  beautiful,  they  were  also  objects of mystery
Damascus  blades  became  even  more mysterious  when  the  art  of  making  them actually  died  out.    The  last  Damascus swords were made in the early 1800s.
Pedang Damaskus telah mengejutkan tentera salib dalam perang Crusade ketika berhadapan dengan tentera Sultan Salahudin Ayubi. Pedang ini mempu menghancurkan baju besi, mematahkan pedang serta memiliki hasil belahan yang cantik dan tajam.

Hanya beberapa keluarga pada era 1800 Masihi yang mengetahui Rahsia pembuatan pedang ini namun pengetahuan mengenainya hilang bersama mereka pada akhir.

Disebabkan Ilmu ini telah hilang dimakan zaman maka ramai pembuat pedang eropah tampil bagi menyelesaikan puzzle bagaimana pedang ini dihasilkan namun tiada siapa pun yang berjaya.
Over the years metallurgists (people who  study  metals)  have  suggested  many different  ways  of  making  the  swords,  but when they were tested, none of the methods made  blades  that  matched  the  Damascus swords  in  the  museums
 Setelah Kajian demi kajian menemui Jalan buntu. Mereka mula kembali dari awal tetapi kali ini dengan lebih teliti bagi mengkaji bahan, method dan teknik pembuatan pedang Damascus.
Akhirnya seorang pengembara memberitahu bahawa bahan mentah pedang Damascus ialah Wootz Steel sejenis logam yang dihasilkan diselatan India kemudian dibekalkan kepada Syria bagi dijadikan pedang semasa perang Salib. Wootz steel ini dihasilkan pada tahun 350 - 500 AD iaitu beribu tahun sebelum logam yang baik dihasilkan oleh eropah.

Penerangan Wootz steel adalah seperti berikut :

Steel  is  a  mixture  of  iron  and  carbon.    To make wootz steel, the craftsman melted iron and  materials  that  contain  carbon,  such  as charcoal, wood or leaves.  They did this in a sealed  crucible,  which  is  simply  a  melting pot  able  to  withstand  high  temperatures.  When  the  cooled  and  hardened  steel  was taken out of the crucible, it was in the shape of  a  cake.
Daripada Cake inilah Pembuat pedang memanas mengetuk sehingga menjadi rata dan rengang seperti sebilah pedang. Sebagai logam yang dipukul dan dipanaskan berulang kali, tanpa diketahui terbentuk corak beralun pada permukaan logam. Corak alunan ini menjadi persoalan besar bagi pembuatan pedang kerana corak yang betul seperti pedang Damascus di Muzium memiliki alunan tersusun menjadikan pedang tersebut betul-betul kukuh dan tajam. Tanpa Corak Alunan yang betul pedang tersebut tidak dapat menyamai kehebatan pedang Damascus sebenar. Corak tersebut digelar Tangga Muhammad.



Namun setelah pengkaji membuat Wootz steel tetap tidak mendapat corak yang betul. Corak tersebut menjadi indicator dalam kesempurnaan Pedang Damascus. Akhirnya mereka mendapati bahawa terdapat impurity dalam Wootz Steel yang dihasilkan oleh tukang logam di India. kuantiti Impuriti itu pula kecil, lalu mereka mula mencari impuriti tersebut. Sampai satu ketika mereka mencuba dengan Titanium dan Vanadium. Keputusan pada corak tersebut menunjukkan kemajuan yang baik sekali. Apabila sejumlah kecil Vanadium dan Titanium dimasukkan kedalam Wootz Steel, Corak alunan hampir menyamai Pedang Damascus.

Kajian ini sampai pada kemuncak apabila akhirnya sebuah Museum di Switzerland memberikan sebilah pisau Damascus untuk dipotong dan dikaji. Akhirnya, kajian mereka tepat apabila mendapati sejumlah kecil Vandium tercampur dalam pembuatan Wootz Steel.

 We  found  that  they  all  contained very  small  amounts  of  vanadium.    This agrees with our discovery that vanadium is a key impurity element for making Damascus steel. 
Walau bagaimanapun, kajian ini tidak ternokhtah pada tahap itu sahaja. Pedang yang dihasilkan oleh para pengkaji ini hanya 8/10 dari pedang Damascus yang asal namun mereka telah berpuas hati. Sehingga sekarang tiada siapa pun didunia ini tampil dengan pengetahuan pembuatan pedang Damascus 100% seperti zaman Salahudin dahulu.



Terdapat dua faktor yang menjadikan sebuah pedang itu hebat. Iaitu Kekuatan dan Ketajaman. Namun, hubungan antara kekuatan dan ketajaman ini boleh dijelaskan seperti berikut.
Ketajaman = 1 / Kekuatan
Bagi menjadikan sebilah pedang itu tajam secara logik ia perlu diketuk sehingga halus seperti pedang viking yang akhirnya boleh dibengkokkan dan dipatahkan. Bagi menjadikan sebilah pedang itu kuat pula maka fizikalnya perlu tebal dan ketajamanya akan turun. Tetapi pedang Damascus memiliki kedua-dua kelebihan ini secara perfect !
Kekuatan lain yang terdapat pada pedang Damascus ialah ia sedikit bengkok, faktor ini membantu pedang Dihayun dengan pantas sambil membawa daya yang kuat. Lihat bertapa halus pembuatan pedang ini.


Note : Teknologi Pedang Damascus adalah antara Ilmu pengetahuan Islam yang hilang. Tujuan diketengahkan kajian ini adalah bagi menanamkan rasa minat buat pemuda Islam bagi mengkaji serta memelihara Ilmu ini. Sila Share,copy paste secara lisan mahupun penulisan bagi menyampaikan Ilmu ini kepada seramai mungkin buat generasi Islam.