Proses Penyusunan Al-Quran


Sejarah Al-Quran

Sewaktu zaman Baginda Muhammad s.a.w, ayat-ayat Al-Quran yang disampaikan oleh baginda diamal dan dihafal oleh para sahabat. Mereka menggunakan method penghafalan kerana pada zaman itu begitu sedikit jumlah mereka yang celik membaca serta menulis. Namun terdapat juga antara para sahabat yang mencatat ayat suci Al-Quran pada lembaran kulit kayu dan sebagainya seperti yang terdapat pada kisah adik perempuan Saidina Umar Al-khattab membacanya dirumah sebelum Umar memeluk islam tetapi tidak pernah wujud catatn Al-Quran penuh dalam satu lembaran seperti yang wujud sekarang.

Namun pada perang Yamamah selepas kewafatan Baginda s.a.w dizaman khalifah pertama iaitu Abu bakar as-siddiq telah menyaksikan kematian ramai para sahabat yang hafiz Al-Quran. Ini telah mendatangkan kegusaran dihati Saidina Umar dalam memelihara kewujudan Al-Quran. Beliau risau dengan kematian ramai para sahabat dalam peperangan membuatkan banyak ayat-ayat suci Al-Quran hilang bersama mereka.

Saidina Umar terus membincangkan hal ini kepada Abu bakr bagi melakukan usaha pembukuan Al-Quran untuk memelihara kewujudan serta kesucianya.
Pada mulanya Abu bakr teragak-agak kerana perkara ini tidak pernah dilakukan dizaman baginda s.a.w. Namun akhirnya Abu bakr yakin dengan tindakan pembukuan Al-Quran ini kerana perbezaanya dizaman Rasulullah s.a.w ayat-ayat Al-Quran itu hidup bersama mereka dan tidak seperti zaman beliau dan zaman akan datang.

Khalifah Abu bakr mendapati zaid bin thabit adalah orang yang paling sesuai dengan tugas ini kerana beliau Jurutulis Nabi Muhammad s.a.w dan sentiasa disisi baginda sejak kecil. Seorang yang berbakat dalam bidang bahasa dan penulisan serta menyerahkan sepenuh masa yang beliau ada bersama Muhammad s.a.w. 

Kemudian Khalifah Abu bakr pun menitahkan zaid bin thabit untuk mengumpulkan Al-Quran dalam satu lembaran : "Anda adalah seorang pemuda yang bijak dan amanah anda digunakan untuk menulis wahyu bagi Nabi, mengumpul al-Quran dan menyusun."
Zaid berkata, "Aku bersumpah kepada Tuhan yang jika mereka meminta kepada saya untuk memindahkan gunung, ia akan menjadi lebih mudah daripada tugas yang diberikan kepada saya."

Setelah selesai pembukuan Al-Quran, Khalifah Abu bakr menyimpan lembaran yang kemudianya diserahkan kepada Umar dan kemudian kepada Ummul Mukminin Hafsah setelah mereka meninggal dunia. Pada zaman khalifah Uthman atas nasihat Huzaifah bin yaman lembaran Al-Quran diambil dan dibukukan secara rasmi.


Sahabat yang terlibat dalam pembukuan semula adalah zaid bin thabit, Said bin asr dan Abdul Rahman bin Harith. 5 naskah disalin semula dan dihantar ke Mekah, Syria, Basrah dan kufah manakala yang asal disimpan di Madinah. Manuskrip ini kemudian di-standar-kan cara pembacaan mengikut resmi uthmani setelah Islam berkembang luas bagi memudahkan dibaca oleh bangsa bukan arab. Inilah Al-Quran yang disalin tanpa tokok tambah dari zaman Nabi s.a.w hingga hari ini. Namun bagaimanakah cara pembukuan yang dilakukan oleh Zaib bin Thabit?

Proses Pengumpulan Al-Quran

Tugas yang dipikul oleh Zaid bin thabi yang bagi saya beliau patut digelar hero bagi kita kerana amanah yang begitu berat ini. Cuba bayangkan jika terdapat satu kesilapan dalam pembukuan Al-Quran maka berpecahlah umat islam seperti berlaku pada penganut kristian yang keluar dalam majalah awake terbitan jehovah witnesses bertarikh 8 September 1957 bertajuk 50,000 Errors in the Bible.

Pada permulaanya Zaid bin thabit sendiri ialah hafiz Quran. Tetapi beliau begitu berdisiplin dan berdedikasi dalam proses pengumpulan ini. Beliau mengumpulkan ayat-ayat Al-Quran dari para sahabat dan kemudian disusun mengikut ayat dan bab yang diajarkan oleh baginda s.a.w sebelum wafat.

Disiplin dalam proses ini adalah seperti berikut :
  1. Setiap orang yang tahu sebahagian dari Al-Quran diminta datang dan melaporkan supaya ditulis oleh Ahli Jawatankuasa. Walau bagaimanapun, Laporan itu tidak akan ditulis jika sahabat tidak mendengar terus dari lidah Nabi Muhammad s.a.w itu sendiri, dan teks itu hendaklah telah disemak dengan Nabi s.a.w sebelum kewafatan baginda s.a.w
  2. Ayat-ayat dan bab teks disusun mengikut urutan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w
  3. Bagi memelihara kesahihan Ayat suci Al-Quran, teks yang dilaporkan tidak akan diterima melainkan telah disahkan oleh 2 orang sahabat yang mendegar terus ayat tersebut dari bibir Rasulullah s.a.w
Melalui saringan yang begitu teliti akhirnya Al-Quran dapat dibukukan (Alhamdulillah) dan kemudian disimpan sehingga zaman khalifah uthman yang kemudianya disalin sehingga hari ini tanpa tokok tambah.

Persoalan, bagaimanakah ayat-ayat dan bab dalam Al-Quran disusun ?
Sesungguhnya pada zaman Nabi s.a.w terdapat lembaran-lembaran Al-Quran yang dikumpulkan dan disimpan dirumah baginda dan terdapat juga disimpan oleh sahabat untuk kegunaan/diamalkan secara peribadi. Pada setiap kali Ramadhan, Malaikat Jibrail a.s akan turun dan bertadarus bersama Nabi Muhammad s.a.w sekadar mana ayat-ayat yang telah diturunkan sepanjang sebelum Ramadhan tersebut. 

Sheikh Mutawalli asy-Sya'rawi berkata, "Surah-surah dalam rangkaian al-Quran diturunkan menurut teraturan sejarah dengan mengikuti peristiwa-peristiwa yang terjadi. Sementara susunannya di dalam al-Quran disesuaikan dalam bentuk yang lain, yakni sesuai manhaj yg telah ditentukan, sebagai mediasi percakapan di antara manusia." Dalam fatwanya yang kedua pula Sheikh Mutawalli mengatakan susunan didalam mushaf itu adalah sepertimana yg terdapat di Lauhul Mahfuzh.

Berikut adalah kemuliaan Al-Quran yang wujud di bumi sejak Zaman Baginda s.a.w juga yang sama wujud di Lauh Mahfuz tanpa sebarang tokok tambah. Jika terdapat perbezaan pendapat pun hanya pada perkara ranting bukan sesuatu yang menjatuhkan kemuliaan Al-Quran.


sumber :
http://www.onislam.net/english/shariah/muhammad/his-companions/453000-zaid-ibn-thabit.html
http://soaljawabquranhadis.blogspot.com/2008/12/bagaimanakah-surah-dan-ayat-quran.html
Bukti-bukti Sains Dan Sejarah Kerasulan Muhammad s.a.w terbitan PTS Milenia 2008 ditulis oleh Dr. Danial Zainal Abidin